Kelas Khas Kerajaan Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Lui_Barat

SMK Lui Barat menawarkan kelas Rancangan Khas (KRK) dan kelas Aliran Agama (KAA) untuk pelajar yang berminat. Kemasukan ke kelas KRK adalah berdasarkan keputusan UPSR. Hanya pelajar yang berjaya mendapat keputusan 4A dan ke atas sahaja yang akan ditawarkan untuk belajar di dalam kelas KRK. Kemasukan ini disaring oleh pihak pentadbiran SMK Lui Barat, dan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu (PPDJJ). Kelas KAA pula menawarkan subjek Bahasa Arab Komunikasi kepada pelajar yang berminat, seperti KRK, kemasukan ke kelas KAA juga melalui saringan. Pelajar mestilah lulus ujian saringan KAA untuk melayakkan mereka memasuki kelas KAA.

Bukan itu sahaja, SMK Lui Barat merupakan satu-satunya sekolah di Negeri Sembilan yang menawarkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS). Program ini dikelolakan bersama-sama dengan FELDA. Hal ini membolehkan SMK Lui Barat menyertai program-program yang berkaitan dengan FELDA di peringkat Kebangsaan.